Malaysia mengenakan Mekanisme Tahap Enam untuk hentikan import produk susu China

View previous topic View next topic Go down

Malaysia mengenakan Mekanisme Tahap Enam untuk hentikan import produk susu China

Post by KA on Fri Sep 19, 2008 9:41 pm

Malaysia mengenakan Mekanisme Tahap Enam untuk hentikan import produk susu China
19/09/2008 2:20pm

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Malaysia telah mengenakan "Mekanisme Tahap Enam" untuk menghentikan pengimportan semua produk susu dari China yang dikhuatiri dicemari dengan bahan kimia melamin.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata melalui mekanisme itu, semua kemasukan produk tenusu dari China di enam pintu masuk seluruh di negara akan dihentikan serta merta dan dipulangkan.

“Di Malaysia kita mempunyai enam pintu masuk dan semuanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga...sebarang produk berkenaan yang datang melalui pintu masuk itu akan ditahan dan dipulangkan...ia dipanggil ’waspada tahap enam’ di semua pintu masuk.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Malaysia hanya mengimport produk susu dari Australia dan New Zealand. Kita tidak import dari China. Bagaimanapun, kita tetap menggunakan pemeriksaan tahap enam bagi menghalang kemasukan sebarang produk itu ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Menteri-menteri Kesihatan Asia Pasifik di sini hari ini. - Bernama

_________________
_______________
Pegawai Berkuasa
Unit Keselamatan & Kualiiti Makanan
Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam
Kedah Darul Aman

KA
TEAM BKH
TEAM BKH

Male
Number of posts : 35
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum