PASARAYA BESAR DIBUKA SEHINGGA PUKUL 11.00 MLM

View previous topic View next topic Go down

PASARAYA BESAR DIBUKA SEHINGGA PUKUL 11.00 MLM

Post by MMI on Tue Nov 04, 2008 8:29 pm

Pasar raya dibenar buka sehingga 11 malam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memberi kebenaran untuk pasar raya besar melanjutkan masa perniagaan sehingga jam 11 malam pada hari biasa untuk menggalakkan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik.

“Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga jam 1 pagi.

"Untuk pasar raya di pusat beli-belah, premis ini boleh dibuka sepanjang masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

“Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleks beli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang yang telah dimulakan baru-baru ini,” katanya ketika menggulung perbahasan perbelanjaan 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Walau pun Malaysia menghadapi kemelut ekonomi global, beliau berkata kerajaan akan tetap mampu untuk memperluaskan liputan jaringan keselamatan sosial ke arah meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.

Dalam hal ini, katanya usaha sedang dilaksanakan ke arah pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan berdasarkan tahap kelayakan baru yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2009 yang lalu.

Najib berkata syarat asas pemberian Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM720 untuk Semenanjung Malaysia, RM830 untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah, selaras dengan pendapatan garis kemiskinan.

“Dengan ini, bilangan isi rumah yang akan menerima bantuan akan meningkat daripada 55,000 kepada 110,000 orang. Kerajaan menyasarkan liputan penuh akan dicapai pada akhir tahun ini,” katanya. - Bernama Laughing
avatar
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

Re: PASARAYA BESAR DIBUKA SEHINGGA PUKUL 11.00 MLM

Post by edredtank on Wed Nov 12, 2008 4:52 pm

pegawai pekeliling nak buat camano....kenalah up date...sampai pasaraya buka waktu mana pun tau...dasyatttt tu..
avatar
edredtank
GRD U36
GRD U36

Male
Number of posts : 48
Age : 38
Location : On Air
Jawatan : Kaki Pukul
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-18

View user profile http://mtbjitra.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum