NGO PERANGI KEDAI TAK TURUN HARGA

View previous topic View next topic Go down

NGO PERANGI KEDAI TAK TURUN HARGA

Post by MMI on Tue Nov 18, 2008 8:05 pm

NGO perlu aktif perangi kedai tak turun harga

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan pengguna lebih aktif bagi memastikan harga barang turun berikutan penurunan harga minyak hari ini.

Perdana Menteri berkata, langkah NGO berpakat memboikot kedai yang tidak menurunkan harga barang wajar bagi menyedarkan peniaga.

Beliau kesal kerana peniaga masih berdegil tidak menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah empat kali turun, sekali gus menunjukkan mereka hanya mahu keuntungan besar.

"Kita dulu memang janji dengan rakyat, apabila harga minyak dunia turun, kita akan turunkan harganya.

"Kita perlu terus memantau harga minyak. Kalau turun sangat mendadak, mungkin akan ada masalah yang timbul tetapi yang lebih penting apabila harga minyak turun, harga barang tak turun," katanya kepada media Malaysia di Tashkent, Uzbekistan, semalam.

Sementara itu, tiga memorandum persefahaman (MoU) dan satu protokol dimeterai semalam bagi meningkatkan kerjasama bidang pelancongan, pembangunan sumber galian, memerangi keganasan dan membentuk Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia-Uzbekistan.

Majlis disaksikan Abdullah dan Presiden Uzbekistan, Islam Karimov.

MoU mengenai sains dan teknologi ditandatangani oleh Menteri Perpaduan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Uzbekistan ditandatangani Pengerusi Suruhanjaya Koordinasi Pembangunan Sains dan Teknologi, Shavkat Salihov.

MoU dalam bidang pengajian tinggi ditandatangani Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala Menteri Pelajaran Tinggi dan Menengah, Azimjom Parpijev mewakili Uzbekistan.

MoU pembangunan modal insan dalam industri minyak dan gas ditandatangani oleh Presiden yang juga Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan Timbalan Perdana Menteri Dua, Ergash Shaismatov.

MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum