APER DAH JADI NGAN PROFESION KITER ( PPKP )

View previous topic View next topic Go down

APER DAH JADI NGAN PROFESION KITER ( PPKP )

Post by MMI on Wed Mar 18, 2009 12:37 pm

From PPKP U 29
Kesal proses kenaikan pangkat Pegawai Kesihatan Persekitaran
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan surat pekeliling berkaitan tawaran kenaikan pangkat bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran U42 bagi mana-mana Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 dan U29 yang mempunyai ijazah berkaitan, juga mana-mana Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36 untuk kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) seperti mana pekeliling KK(S) 523(533) Tahun 2008.
Apa yang paling mendukacitakan ialah apabila Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan bahawa kenaikan pangkat Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U42 secara pangkuan cuma diberikan kepada mana-mana Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36 sahaja dan menolak permohonan mana-mana Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 dan U29 yang mempunyai ijazah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam pekeliling berkaitan.
Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan juga tidak mematuhi Pekeliling Bil.11 Tahun 2005 dan JPA berkaitan dengan jawatan bersepadu Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Ia menyatakan dengan jelas kenaikan pangkat secara pangkuan adalah tertakluk kepada mana-mana kakitangan yang mempunyai ijazah yang berkaitan.
Keputusan yang dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan adalah sangat mengecewakan dan bersifat subjudis kepada mana-mana kakitangan yang telah bersusah payah menyambung pelajaran ke peringkat ijazah demi untuk meningkatkan kerjaya dan perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Keadaan ini memberikan gambaran bahawa kenaikan pangkat akan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman sahaja tanpa mengambil kira kelayakan ijazah yang telah diiktiraf oleh JPA dan lain-lain kementerian.
Jika diambil kira pengalaman kakitangan yang mempunyai ijazah ini juga sudah berpengalaman hampir melebihi 10 tahun perkhidmatan dan ada yang sudah 30 tahun dalam perkhidmatan.
GRADUAN TUA
Ampang, Kuala Lumpur

bounce
avatar
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum