REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO (Read 74 times)

View previous topic View next topic Go down

REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO (Read 74 times)

Post by MMI on Wed Feb 27, 2008 10:19 am

REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO
« Thread Started on Jan 27, 2008, 8:31pm » [Quote]
Berkenalan Dengan Kanun Tatacara Jenayah


Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593); Cara bagaimana perbicaraan dijalankan.

Bhg. 1 :Pemulaan.

Bhg. 2: Peruntukan Mengenai Mahkamah

Bab II Mahkamah jenayah secara am
S.6 -10.

Bhg.3 :Peruntukan Am

Bab III. Memberi bantuan & maklumat kpd majistret & polis & org2 yg menangkap. S.11 – 14.

Bab IV. Tangkapan, melepaskan diri & menangkap semula. S.15 -33
Ct. S.27;Tangkapan org persendirian. Prosedur dlm perkara2 ini.

Bab V. Proses memaksa kehadiran
S.34-37A. Ct. S.34.Saman-Bentuknya & penyampaian.

Bhg.4: Mencegah kesalahan s.66-106.

Bhg.5: Maklumat kpd Polis & Kuasa mereka utk menyiasat. S.107 – 120
Bhg. 6: Prosiding dlm pendakwaan S.121-303. Ct. S.152 Bentuk Pertuduhan, S.173 Prosedur perbicaraan terus.

Bhg.9: Jadual Pertama-Ct. Waran.


Re: REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO
« Reply #1 on Jan 27, 2008, 8:35pm » [Quote]
Jaminan
Sek. 387 – 394 KTJ.

1. Kesalahan Tak Boleh Jamin
a) OKT bukan umur dibawah 16 tahunh, tidak sakit @ tidak upaya dituduh kesalahan dihukum mati @ penjara seumur hidup.

b)Tiada alasan munasabah utk percayai bagi hukuman mati @ penjara seumur hidup (Undang-undang Malaysia 20 Tahun Penjara).

c) Semua kesalahan tak boleh jamin kecuali hukuman mati @ pejara semur hidup Ct.Sek.12 Akta Senjata Api 1971 & 41B Akta Dadah Berbahaya 1952.

2. Faktor PO bantah jaminan.
- OKT tidak mungkin hadir di Mahkamah.
- OKT tidak mempunyai gaji tetap
- OKT mungkin keluar Negara
- OKT mungkin ulang kesalahan
- OKT mungkin sogok saksi.

3. Prosedur lucut jaminan OKT tidak hadir Mahkamah
a) OKT dilepas dengan jaminan tak hadir ke Mahkamah.

b) PO menyaksikan Mahkamah, OKT dimaklumkan tarikh pendengaran dengan sempurna.

c) PO mohon Waran tangkap & Notis tunjuk sebab kpd penjamin OKT.

d) Bila OKT dibawa ke Mah dgn W.tangkap & Notis tunjuk sebab.

e) Mahkamah minta OKT jelas tidak hadiran pada hari yang ditetapkan.

f) Mahkamah akan putuskan jaminan dibatalkan.


Re: REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO
« Reply #2 on Feb 12, 2008, 10:27pm » [Quote]
PERTUDUHAN.
Seksyen 152 – 172 KTJ.

Apa Tujuan Pertuduhan ?
1. Adalah notis kepada tertuduh tendang kesalahan yang ia hadapi.
2. Adalah Maklumat kepada mahkamah tentang perkara-perkara dan keterangan yang akan d**emukakan.

Mengapa Pertuduhan penting untuk OKT ?
1. Kerana ia memberi beberapa hak dan melindungi OKT daripada ketidakadilan.
2. Tertuduh juga mesti tahu dengan tepat apakah tuduhan yang dia dipanggil untuk menjawab dan kesalahan yang dia telah sabitkan.

Apa yang diperkatakan Pertuduhan Salah ?

1. Pertuduhan tidak menjelaskan kesalahan yang sebenar.
2. Pertuduhan tidak menyebut seksyen/peraturan yang tepat mengenai kesalahan.
3. Tidak mematuhi kehendak Seksyen 152 -172 KTJ.
4. Pertuduhan tidak dimasukkan intipati penting.


Bagaimana pula jika tertuduh berumur di bawah 21 tahun?

1. Jika didapati bersalah, sebelum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah adalah menjadi kewajipan PO untuk buat permohonan laporan Akhlak daripada Jabatan Kebajikan.

2. Laporan akhlak akan d**emukakan dimahkamah melalui Pegawai Kebajikan yang menyediakan laporan tersebut.

3. Laporan Pegawai Akhlak akan ditandakan sebagai barang kes.

4. Laporan itu akan dibacakan kepada OKT dan dia dibenarkan memeriksa balas terhadap Pegawai Akhlak mengenai laporannya.

5. Apabila laporan itu diterima, mahkamah akan terus mendengar rayuan peringan tertuduh.

Rujukkan: Akta Kanak-kanak 2001 Sek. 90(13)
Teh Yew Whatt v PP [1958] MLJ 171.


Kes Undang-undang (Case Laws) & Pertuduhan

1. Lim Beh v Opium Farmer [1842] 3 Ky. 110.112. Hakim Norris R menyatakan;
” Jika terdapat mana-mana prinsip undang-undang jenayah dan keadilan lebih jelas dan lebih ketara daripada yang lain, ia adalah kesalahan yang dituduh mestilah dinyatakan dengan positif dan tepat, supaya tertuduh boleh tahu dengan pasti dengan apa dia dipertuduhkan dan boleh bersedia untuk menjawab tuduhan dengan cara yang terbaik sekali”.

2. PP v Syed Bakri [1955] MLJ. Xvii. Hakim Thomson menyatakan;
”Apabila membentuk pertuduhan, pegawai pendakwa patut mematuhi seberapa yang boleh perkataan-perkataan yang terdapat dalam statut yang membentuk kesalahan yang dipertuduhkan dan Majistret patut memastikan ini dilakukan. Seterusnya memberi amaran sekiranya ini tidak dilakukan, kemungkinan akan berlaku kekeliruan dalam kes.

3. PP v Lim Yoo Hock[1984] 1 MLJ 309. Hakim Edgar Joseph Jr. Merujuk kepada kes diatas “ Adalah penting pegawai pendakwa menggunakan bahasa dalam seksyen berkaitan yang tertuduh dipertuduhkan. Jika apa yang tertuduh didakwa telah melakukan tidak boleh dijelaskan dalam bahasa mana-mana peruntukkan statutory yang berbentuk kesalahan itu atau nampaknya perlu untuk berpisah daripada bahasa dalam seksyen itu ketika membentuk tuduhan, maka kemungkinannya ialah tidak ada kesalahan telah dilakukan”.

4. PP v Lee Pak [1937] MLJ 256, Hakim Whitely menyatakan; “ Sememangnya jarang sekali memadai hanya setakat menyalin perkataan demi perkataan seksyen di bawah mana tuduhan telah dibawa. Perkataan itu mestilah diubahsuaikan untuk fakta-fakta kes tertentu”.

5. PP v Margarita B Cruz [1988] 1 MLJ 539; Hakim K.C. Vohrah “ Menegur para Majistret dan TPR supaya membaca peruntukkan dalam statut yang memperuntukkan kesalahan, terutama sekali dalam kes-kes yang kesalahannya jarang timbul di mahkamah. Mereka patut faham ramuan dalam tuduhan, tahu rupa jenis hukuman dan beratnya tuduhan itu dan jika majistret dapati tuduhan itu cacat atau digubal secara kurang memuaskan, beliau patut membangkitkan kecacatan itu dan meminta pegawai pendakwa meminda tuduhan supaya tertuduh betul-betul faham rupa jenis pertuduhan yang dia diminta memberi pengakuan.

6. PP v Tan Kin San [1980] 2 MLJ 98; ‘ Jika seseorang dituduh apabila penyiasatan belum selesai, pendakwaan tidak mempunyai alasan untuk membawa pertuduhan. Pertuduhan itu adalah tidak berasas.

7. Keterangan Kad pengenalan bukanlah keterangan mengenai umur seseorang.
Jamaluddin B. Hashim v PP [1999] 4 MLJ 1, Hakim KN Segara dalam penghakiman mengenai umur pengadu dan memutuskan “Pegawai polis penyiasat juga telah gagal untuk memperolehi keterangan yang tidak dapat dipertikaikan berhubung dengan umur pengadu dalam bentuk sijil kelahiran.”


Butir-Butir Dalam Pertuduhan.

- Sek. 152(1) KTJ: Menyatakan kesalahan.
- Sek. 152(2)KTJ : Menggunakan perkataan yg sama spt yg terdapat didalam seksyen undang-undang.
- Sek. 152(3) KTJ : Sebutkan seksyen kesalahan.
- Sek. 153(1) KTJ : Nyatakan masa, tempat kesalahan berlaku.
- Sek. 153(2) KTJ: Kesalahan yang sama jenis dan kesalahan itu telah dilakukan dalam lingkungan tempoh 12 bulan daripada kesalahan pertama kepada kesalahan terakhir .
- Sek 164 KTJ: Pertuduhan boleh digabungkan dan tidak melebihi 3 kesalahan yang sama jenisnya yang dilakukan dalam tempoh 12 bulan.

- Sek. 163 KTC – Prisip dalam pertuduhan.
i) Setiap kesalahan berlainan mesti disebut dalam tuduhan berasingan.
Jika tidak: Tuduhan bertindan (Duplicity of charges).

* Satu salah aturan yang boleh dipulihkan dibawah Seksyen 422 KTJ jika tidak memudaratkan dan tidak terdapat kegagalan keadilan. PP v Mohamed Fathi [1979] 2 MLJ 70.

ii) Setiap pertuduhan mesti dibicarakan secara berasingan.
Jika tidak: Gabungan pertuduhan (Misjoinder of charges).

* Jika beberapa kesalahan dimasukkan ke dalam satu tuduhan, mengikut Sek. 153 (2) KTJ, maka tuduhan hendaklah dianggap tuduhan bagi satu kesalahan dalam maksud sek. 164 KTJ.


Contoh Pertuduhan – Rujukkan Case Laws & Seksyen 152-172 KTJ.

Kes Akta Makanan 1983.

Bahawa kamu pada 25/01/2008 lebih kurang jam 11.00 pagi di premis kedai runcit No. 888, Komplek Jitra, 06000 Jitra, dalam daerah Kubang Pasu, negeri Kedah telah didapati menjual tiga botol Kicap cap X yang diadukkan iaitu mengandungi 0.3 peratus b/i jumlah nitrogen, ini adalah bertentangan dengan Peraturan 340(2)(b)(i) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dimana kicap hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 0.6 peratus b/i jumlah nitrogen. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan boleh dihukum dibawah Seksyen 13B(4) Akta yang sama.

* Unsur-unsur yang perlu untuk membentuk kesalahan: ’menjual’ dan ’diadukkan’.

Tidak perlu memasukkan perkataan dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) kerana cara diadukkan telah diterangkan oleh Peraturan 340(2)(b)(i). Inti pati pertuduhan akan dibuktikan semasa perbicaraan.



Kes APSPP 1975.

Bahawa kamu sebagai penduduk premis pada 23/10/2007 lebih kurang jam 11.00 pagi di premis rumah No. 717, Taman Gemilang, 06000 Jitra di dalam daerah Kubang Pasu negeri Kedah telah didapati memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes aegypti (hidup) di dalam ‘vase bunga’ yang menakung air di dalam premis tersebut. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan jika disabitkan boleh dihukum di bawah seksyen 23(a) Akta yang sama.

* Unsur-unsur yang perlu untuk membentuk kesalahan : ’ penduduk premis’ dan ’memberi perlindungan’.

Tidak perlu memasukkan perkataan dibaca bersama Seksyen 13 (1) kerana cara ’memberi perlindungan’ cukup penjelasannya. Inti pati pertuduhan akan dibuktikan semasa perbicaraan.



Kes PKHT 2004.

Bahawa kamu pada 27/1/2008 lebih kurang jam 8.30 malam di Hospital Jitra, 06000 Jitra dalam daerah Kubang Pasu, negeri Kedah telah didapati merokok di dalam kawasan hospital iaitu suatu tempat dilarang merokok mengikut Peraturan 11(1)(b) Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan jika disabitkan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.


* Unsur-unsur yang perlu untuk membentuk kesalahan : ’merokok’ dan ’hospital’. Perkataan hospital adalah katanama umum dimana salah satu tempat yang dilarang merokok.




Tepuk dada tanya selera ......... janganlah merangka pertuduhan dalam keadaan tergesa-gesa, fikir 2 X dan banyak X .


Re: REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO
« Reply #3 on Feb 16, 2008, 10:26pm » [Quote]
ALTERNATIF PERTUDUHAN YANG LEBIH RINGKAS & PADAT.

Kes Akta Makanan 1983.

% b/i total nitrogen dalam Kicap
Bahawa kamu pada 25/01/2008 lebih kurang jam 11.00 pagi di premis kedai runcit No. 888, Komplek Jitra, 06000 Jitra, dalam daerah Kubang Pasu, negeri Kedah telah menjual tiga botol Kicap cap X yang diadukkan iaitu mengandungi 0.3 peratus b/i jumlah nitrogen, ini adalah bertentangan dengan Peraturan 340(2)(b)(i) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dimana kicap hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 0.6 peratus b/i jumlah nitrogen dan kamu dengan ini telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 13B(4) Akta Makanan 1983.



Kes APSPP 1975.

Perlindungan larva nyamuk oleh penduduk premis

Bahawa kamu sebagai penduduk premis pada 23/10/2007 lebih kurang jam 11.00 pagi di premis rumah No. 717, Taman Gemilang, 06000 Jitra di dalam daerah Kubang Pasu negeri Kedah telah didapati memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes aegypti (hidup) di dalam ‘vase bunga’ yang menakung air di dalam premis tersebut dan kamu dengan ini telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang boleh dihukum di bawah seksyen 23(a) Akta yang sama.



Kes PKHT 2004.

Merokok di hospital

Bahawa kamu pada 27/1/2008 lebih kurang jam 8.30 malam di Hospital Jitra, 06000 Jitra dalam daerah Kubang Pasu, negeri Kedah telah didapati merokok di dalam kawasan hospital iaitu suatu tempat dilarang merokok mengikut Peraturan 11(1)(b) Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan kamu dengan ini telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.


Re: REALITI KANUN TATACARA JENAYAH & PO
« Reply #4 on Feb 23, 2008, 10:12pm » [Quote]
Sekiranya Mahkamah memerintahkan supaya "Pindaan Pertuduhan" untuk mencari kesalahan yang disebut dalam Seksyen.

Maka pilihan Seksyen 13B(4) Akta Makanan 1983 adalah lebih sesuai kerana seksyen ini ada menyebut perkataan 'KESALAHAN'.


Contoh Pertuduhan: % Protin Kicap

Bahawa kamu pada 25/01/2008 lebih kurang jam 11.00 pagi di premis kedai runcit No. 888, Komplek Jitra, 06000 Jitra, dalam daerah Kubang Pasu, negeri Kedah telah menjual tiga botol Kicap cap X yang diadukkan iaitu mengandungi 0.3 peratus b/i jumlah nitrogen, ini adalah bertentangan dengan Peraturan 340(2)(b)(i) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dimana kicap hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 0.6 peratus b/i jumlah nitrogen dan kamu dengan ini telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 13B(4) Akta Makanan 1983 yang boleh dihukum dibawah seksyen dan akta yang sama.

by chit
avatar
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum