LAGENDA NEGARA

View previous topic View next topic Go down

LAGENDA NEGARA

Post by FR 0170 on Wed Mar 19, 2008 7:08 am

ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI

Siapakah Mokhtar Dahari? Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh pihak editor untuk golongan muda masa kini.

BIODATA :
TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak
ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim
BAPA: Dahari Abeng
EMAK: Maimon Sadikin
ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina
KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978


PENCAPAIAN:
Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran


ANUGERAH:
Olahragawan Kebangsaan 1976


FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.

FR 0170
TEAM BKH
TEAM BKH

Male
Number of posts : 152
Age : 37
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH
Jawatan : PEN.PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-12

View user profile http://bkhsc.niceboard.net

Back to top Go down

LEE KIN HONG

Post by FR 0170 on Wed Mar 19, 2008 12:55 pm

LEE KIN HONG

PEMAIN TERBAIK LIGA SEMI-PRO 1990

Merupakan salah seorang pemain tunggak pertahanan Kedah. Gerakan pantas dan keras ketika mempertahankan kubu dari serangan lawan, serta ketinggian telah banyak membantu ketika bersaing di udara dan ketika membantu barisan serangan Kedah menjadi satu aset yang melayakkan Kin Hong dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Semi Pro 1990.

Lee Kin Hong merupakan anak sulung dari enam adik beradik dilahirkan pada 27 November 1964 dan pernah bersekolah di Sekolah Rendah/Menegah Keat Hwa.

Sebelum menempa kejayaan itu, Kin Hong dan rakan-rakan terpaksa menelan kepahitan tewas selama 3 kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia.

Karier bolasepak bukan merupakan pilihan utama Kin Hong sebelum ini. Beliau lebih suka bermain bola keranjang. Malahan Kin Hong hampir bersara dari bolasepak akibat dari kecederaan yang dialami ketika mewakili skuad Kedah dalam Piala Razak pada tahun 1984. Tetapi atas nasihat rakan-rakan dan jurulatih Kedah, Ahmad Shafei, Kin Hong melupakan hasrat meninggalkan lapangan ini.

Selepas peperiksaan SPM pada tahun 1981, Kin Hong telah membantu bapanya sebagai tukang kayu dengan pendapatan RM15 sehari. Minat mendalam dalam bolasepak telah membuatkan Kin Hong menyertai Kelab China Kedah. Beliau terus bercita-cita untuk mewakili pasukan negeri. Pada tahun 1983, Kin Hong telah dipanggil menyertai pemilihan pasukan Piala Razak Kedah dan berjaya dipilih sebagai pemain.

Malangnya, pada tahun 1984, kecederaan telah menyebabkan beliau banyak memanaskan bangku simpanan. Pada tahun 1986, beliau dipanggil meyertai skuad Kedah untuk kejohanan Piala Malaysia. Peluang ini telah diperguna sebaik-baiknya oleh Kin Hong sehingga di pilih sebagai pemain kebangsaan pada tahun 1987 ke pertandingan Sukan SEA di Jakarta.

Kecemerlangan beliau sampai kemuncaknya apabila memimpin skuad Kedah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1990 dengan menewaskan Singapura 3-1 dibawah bimbingan Milaous Kvacek.

sumber : Arena Bolasepak keluaran Januari 1991

FR 0170
TEAM BKH
TEAM BKH

Male
Number of posts : 152
Age : 37
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM,KEDAH
Jawatan : PEN.PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-12

View user profile http://bkhsc.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum