Penguatkuasaan Pintu Masuk

View previous topic View next topic Go down

Penguatkuasaan Pintu Masuk

Post by MMI on Tue Apr 08, 2008 4:06 pm

Notis/Borang Yang DiGunapakai Dipintu Masuk

Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan
Pejabat Kesihatan Pintu Masuk
Bukit Kayu Hitam,Kedah

Notis Menahan Sementara

Bertujuan: Menahan atau mengarahkan konsaimen yang disyaki ke suatu tempat iaitu Balai Pemeriksaan untuk melakukan pemeriksaan dan persampelan dengan lebih teliti dan sempurna atau supaya tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan

Berdasarkan: Seksyen 4(1)(b) Akta Makanan 1983

Nota: Notis Menahan Sementara Dikeluarkan oleh Peg.Berkuasa yang bertugas di CIQ dalam 3 salinan iaitu simpanan Pejabat,agen dan balai pemeriksaan (melalui agen)

Notis Mengambil Sampel

Ia dikeluarkan setelah sampel diambil.

Memberitahu pengimport/ejen jumlah sampel yang diambil untuk analisa.

Dikeluarkan dalam dua salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat dan 1 salinan untuk ejen/pengimport

Berdasarkan: Seksyen 5(2) dan 6(1) Akta Makanan 1983


Slip Pelepasan Makanan

Setelah Notis Mengambil sampel dikeluar,Slip Pelepasan Makanan pula dikeluarkan seandainya berkenanan tidak bermasalah.

Slip Pelepasan Makanan dikeluarkan sekiranya makanan tersebut tidak pernah berlaku perlanggaran / bukan produk baru.

Dikeluarkan dalam dua salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat dan 1 salinan untuk ejen/pengimport

Bertujuan: Mengistiharkan bahawa makanan tersebut sudah melalui pemeriksaan dan persampelan dan ia dilepaskan dengan bersyarat iaitu seandainya sampel yang dihantar kemakmal bagi tujuan analisa positif maka tindakan mahkamah akan diambil.Ia juga adalah untuk memberitahu Jabatan Kastam tentang status konsaimen berkenaan.


Notis Menahan Makanan Diimpot(Impot 7) (Tahan,Uji Dan Lepas)

Makanan ditahan didalam gudang Kesihatan sehingga keputusan analisa diterima.

Kriteria: a) Makanan yang pernah berlaku
perlanggaran@alert
b) Produk baru
c) Krisis semasa
d) Perlabelan

Berdasarkan: Sekyen 4(12) Akta Makanan 1983

Dikeluarkan dalam 3 salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat, 1 salinan untuk ejen/pengimport dan 1 salinan untuk dilekatkan pada konsaimen yang ditahan.


Notis Lak/Sita

Dikeluarkan apabila sesuatu makanan itu ditahan atau dirampas kerana melanggar garis panduan Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 atau produk baru.

Selalunya dikeluarkan bersama notis menahan makanan yang diimpot.

Berdasarkan: Seksyen 4(1)(f)/ 4 (1)(g) Akta Makanan 1983

Dikeluarkan dalam 3 salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat, 1 salinan untuk ejen/pengimport dan 1 salinan untuk dilekatkan pada konsaimen yang ditahan.


Notis Larangan Pengimpotan Makanan (Impot 4)

Dikeluarkan : a) Keputusan analisa sampel
konsaimen yang ditahan/
undertaking positif.
b) Perlabelan label yang
langsung tidak menepati
A.M 1983 & Peraturan-
Peraturan Makanan 1985
c) Makanan yang disenarai
hitamkan

Pengimpot/ejen diarahkan menyediakan borang Kastam 2 iaitu untuk diekspot kenegara asalnya(penolakkan) terlebih dahulu baru Notis Larangan Pengimpotan dikeluarkan.

Berdasarkan: Seksyen 29(1) Akta Makanan 1983

Dikeluarkan dalam 3 salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat, 1 salinan untuk ejen/pengimport dan 1 salinan untuk diberikan kepada Penguasa Kastam(Makluman)



Notis Pelepasan Makanan Yg Ditahan (Impot 9)

Dikeluarkan apabila makanan yang ditahan mematuhi Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
Dikeluarkan dalam dua salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat dan 1 salinan untuk ejen/pengimport

Selalunya untuk makanan yang di Tahan,Uji Dan Lepas.


Borang-Borang Undertaking

Undertaking Not To Open Or Disposed Imported Food (import 1)

Undertaking For Food Moving In Transit (import 2)

Notice Of Samples Taken (Import 3)

Notice Of seize And Detain Of Imported Food (Import 4)

Notice Of Release Of Imported Food (Import 5)

Notification Of Imported Food For Purpose Of Reprocessing, Reconditioning Or Relabelling (Import 6)

Borang Import 1, 2,3,4 dan berserta borang For Offical Use Only dikeluarkan setiap satunya dalam 3 salinan.Jika bagi tujuan Reprocessing,Reconditioning dan Relabelling maka Import 6 akan disertakan bersama

Dikeluarkan dalam 3 salinan iaitu 1 salinan untuk simpanan pejabat, 1 salinan untuk pengimport dan 1 salinan untuk diberikan kepada ejen

Konsaimen mestilah diseal dengan seal KKM.

Borang tadi akan difaks ke PKD dimana lokasi gudang pengimpot distorkan.Faks Ke Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan,KKM jika Undertaking berkenaan bagi tujuan Reprocessing,reconditioning atau Relabelling.

Import 5 akan dikeluarkan oleh PKD yang mengambil sampel setelah keputusan analisa negatif dan difaks ke PKD yang menerima Undertaking.

Seandainya keputusan positif maka Borang Import 4 akan dikeluarakan (Penolakan kenegara asal)

PKD yang menerima konsaimen akan faks Borang Offical Only tentang tindakan yang diambil kelak.
avatar
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum