Unit Keselamatan Dan Kualiti Mutu Makanan

View previous topic View next topic Go down

Unit Keselamatan Dan Kualiti Mutu Makanan

Post by MMI on Tue Apr 08, 2008 4:56 pm

PERSAMPELAN

1.0 PENGENALAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memberi garis panduan dan petunjuk kepada pegawai-pegawai yang menjalankan aktiviti persampelan makanan secara lebih praktikal.Ini penting kerana segala tindakan yang akan diambil boleh menjejaskan aktiviti pengawalan makanan.

1.1 PENSAMPELAN

Matlamat pensampelan adalah:

a) Mengambil makanan yang sesuai
b) Saiz sampel yang mencukupi
c) Kaedah pemilihan yang representatif.
d) Menggunakan teknik pengambilan yang betul
e) Menghantar unit-unit sampel kemakmal dalam keadaan yang tidak berubah dari masa mengambil sampel dan
f) Mentakrif keputusan analisis dengan cara yang betul.


Tambahan kepada itu, proses pensampelan yang betul tidak memungkinkan
Sebarang peluang bagi pencemaran keatas produk makanan yang telah disampel

Oleh itu sampel-sampel perlu diambil oleh pegawai-pegawai terlatih dalam pemili
han sampel dan menggunakan teknik-teknik yang betul. Pegawai-pegawai yang terlibat perlu mengambil langkah yang sewajarnya sedaya yang mungkin supaya tidak berlaku sebarang pencemaran sama ada pada unit-unit sampel atau pada konsaimen makanan; tidak berlaku pertumbuhan atau kematian organisma/ pencemaran kimia/ pencemaran fizikal dalam sampel semasa penyimpanan pengangkutan.


1.2 KESILAPAN DALAM PENSAMPELAN

Keputusan analisis makmal tidak akan bermakna jika sampel tidak diambil dan dikendalikan dengan betul atau tidak diambil secara representatif.


1.3 PENTINGNYA PERANCANGAN PENSAMPELAN YANG TELITI

Kos yang mahal dan masa yang terhad semasa;
- pensampelan
- analisis

Keupayaan analisis dimakmal adalah terhad

Jenis makanan yang banyak dan tumpuan tidak boleh diberikan kepada semua jenis makanan secara serentak.

Keutamaan sampel

-Gunakan kaedah Risk Management semasa pensampelan.

Oleh yang demikian pensampelan perlu dirancang dengan teliti supaya segala sumber yang ada dapat digunakan dengan sepenuhnya.

1.4 PENTINGNYA KESERAGAMAN SEMASA PENSAMPELAN

Disamping itu pensampelan makanan perlu dijalankan dengan cara yang seragam
Supaya dapat mengurangkan perbezaan yang ketara diantara individu dan tempat. Jadi adalah penting bagi memastikan sampel yang seragam diperolehi.Berikut disenaraikan punca-punca berlakunya perbezaan semasa pensampelan dan langkah untuk mengatasinya.


1. Sampel

Perbezaan produk/sampel
Ini dapat diatasi dengan mengambil sampel yang representatif secara statistik dengan bilangan dan saiz sampel yang cukup.

2. Kaedah dan prosedur

Gunakan kaedah yang seragam semasa pengambilan sampel. Guna kaedah yang piawaian bagi setiap makanan yang disampel. Sahkan prosedur dengan menjalankan sampel positif dan negatif.

3. Manusia

Arahan kerja perlu disediakan kepada individu yang benar-benar terlatih.Ikuti sepenuhnya secara terperinci kaedah tersebut.Bandingkan pencapaian pegawai lain bagi sampel yang serupa.Ikut pelan yang seragam semasa mengambil dan menghantar sampel ke makmal.

4. Peralatan pensampelan

Laksanakan dengan tegas langkah penyelenggaraan dan pembaikan peralatan pensampelan.Kalibrat alat selalu dengan piawaian yang disahkan.Awasi pensterilan peralatan.Gunakan alat yang serupa.Ikuti kaedah operasi yang standard bagi penyelenggaraan alat dan cara penggunaannya.


5. Lain-lain

Periksa rekod dengan teliti
Pengawasan dengan teliti
Tingkatkan aktiviti pembelajaran.



1.5 PROSES PENSAMPELAN

Proses pensampelan makanan boleh dibahagikan kepada 6 bahagian:

i. Jenis makanan: tujuan,jenis makanan yang dipilih dan parameter analisis
ii. Pemilihan sampel: jenis pensampelan, saiz, kaedah pemilihan sampel.
iii. Teknik pengambilan sampel
iv. Peralatan
v. Teknik pembungkusan dan penghantaran (Penyimpanan)
vi. Mentakrifkan keputusan

Penggunaan teknik-teknik yang seragam adalah amat penting untuk mentakrif keputusan analisis.

Kertas kerja ini akan membincangkan pensampelan dari aspek ii. Pemilihan sampel: jenis pensampelan, saiz, kaedah pemilihan sampel.


1.6 JENIS PENSAMPELAN

Sebelum itu terdapat dua jenis pensampelan iaitu objektif dan sampel subjektif.

Sampel Subjektif:

a) Sampel-sampel ini dinamakan juga bias, subjektif, penyiasatan atau penguatkuasaan.
b) Sampel ini digunakan untuk menunjukkan keadaan pengilangan yang buruk atau terdapat syak yang makanan telah tercemar melalui pemeriksaan fizikal.

Guna pensampelan bukan rawak.

Sampel Objektif

a) Kaedah ini digunakan untuk pensampelan rutin, pengawasan dan untuk mendapatkan data
b) Ia juga penting apabila keputusan dari pemeriksaan tidak dapat menunjukkan keadaan yang buruk atau pemeriksaan tidak dapat dijalankan selalu.
c) Produk yang dihasilkan bukan dalam keadaan homogeneous (spt.buah dalam tin)

Guna pensampelan rawak.


3.0 PENENTUAN SAIZ SAMPEL

3.1 MENGAPA DIPERLUKAN?

Untuk mengetahui keadaan sebenar keseluruhan makanan dalam konsaimen tersebut.

Bilangan unit cukup besar perlu diambil untuk memberi keputusan yang berguna. Cara yang boleh digunakan adalah dengan:

1. Statistik
2. Pelan Pensampelan.


3.2 BERAPA BESAR SAIZ SAMPEL?

a. Saiz sampel disini bermaksud berapa banyak unit yang perlu diambil untuk mewakili atau memberi gambaran sesuatu konsaimen atau batch atau lot makanan.

b. Penentuan saiz sampel bergantung kepada soalan-soalan berikut:

i. Apakah darjah keyakinan yang diperlukan?
ii. Berapa besar julat yang boleh diterima?
iii. Apakah darjah variance dalam populasi?
iv. Adakah saiz populasi mencukupi bagi membolehkan ia disesuaikan (extrapolate) untuk populasi yang lebih besar.

c. Persoalan diatas sememangnya rumit jika kita tiada asas statistik.Oleh itu, ilmu statistik penting bagi mendapatkan pensampelan yang baik.Jika terdapat sebarang keraguan dalam saiz sampel, khidmat nasihat pakar perlu diperolehi.

3.3 FAKTOR PRAKTIKAL YANG PERLU DIAMBIL KIRA.


Banyak perkara praktikal yang perlu diambil kira dalam menentukan berapa saiz sampel yang perlu diambil. Ini bertujuan untuk menggunakan sumber yang terhad sebaik mungkin.Oleh itu tumpuan perlu diberikan kepada makanan yang penting sahaja kerana ia memerlukan peruntukkan masa dan tenaga yang besar.

3.3.1. Risiko bahaya

Dengan bertambah risiko bahaya, lebih besarlah saiz unit sampel yang perlu diambil supaya kemungkinan menerima lot yang sepatutnya ditolak oleh pengguna akan menurun.

3.3.2. Keseragaman

Secara amnya jika lot makanan telah diproses dengan baik, sudah tentunya saiz sampel yang kecil boleh digunakan. Tetapi sebaliknya jika makanan tersebut disyaki tercemar pada sebahagian kecil makanan, bilangan unit yang perlu diambil sudah tentu tinggi.

3.3.3. Rekod Yang Konsistant

Berdasarkan kepada rekod yang baik dari pengeluar tertentu yang mennjukkan yang makanan telah diproses dalam keadan baik, dengan itu bilangan saiz sampel adalah rendah atau adakalanya tidak perlu disampel. Budibicara perlu digunakan dan keyakinan akan bertambah dengan bertambahnya rekod.

3.3.4. Masalah Praktikal

Memandangkan pengujian kesemua makanan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan.Saiz sampel perlu dikurangkan kepada bilangan yang realistik. Kebanyakkan ujian dimakmal adalah lambat dan memerlukan banyak kerja.Memberi tekanan kepada pengurangan saiz sampel.

3.3.5. Kesimpulan

Penentuan bilangan unit sampel perlu dibuat dengan berhati-hati mengikut keadaan.Matlamat terakhirnya adalah dengan mengambil unit sampel paling sedikit tetapi masih dapat memberi gambran keseluruhan tentang keselamatan dan mutu makanan tersebut.


3.4. KAEDAH PENENTUAN SAIZ SAMPEL-AM

Jika tiada kaedah spesifik ditetapkan bagi sesuatau jenis makanan, kaedah berikut bolehlah digunakan.

a. Secara amnya, bilangan saiz sampel boleh ditentukan dengan menjumlahkan unit makanan yang terdapat dalam lot dan diambil punca ganda dua.

Contoh: Satu konsaimen makanan terdiri dari 36 kotak dan setiap kotak mengandungi 36/0.5kg bungkusan makanan. Dengan menggunakan prinsip punca ganda dua, bilangan unit sampel perlu diambil adalah 6 (FAO,1985)

b. Bagi Konsaimen yang besar, bilangan unit yang akan diambil mestilah tidak kurang dari 12 dan tidak lebih dari 36 dan setiap unit perlu diambil dari container yang berasingan.Jika kurang dari 12 kontainer, bahagikan sama rata (FAO(Food Agriculture Organisation),1985)


Parameter Spesifik
RESIDU RACUN PEROSAK-codex
MIKOTOKSIN-FAO
DRUG RESIDU-codex

3.5. SAIZ SAMPEL MIKROBIOLOGIKAL

a. Perlu dibuat berdasarkan kepada pelan persampelan (ICMSF)

b. Pelan pensampelan sudah cukup untuk memberikan perlindungan kepada pengguna yakni kebarangkalian untuk menerima lot yang efektif adalah rendah.

c. Secara amnya, bilangan sampel unit ( c ) yang perlu diambil bagi sampel mikrobiologi adalah 5 unit. Jika para meter analisis melibakan Salmonella lebih dari 10 unit sampel diperlukan. Untuk mengetahui lebih terperinci bolehlah rujuk ICMSF(International Commission On Microbiological Specifications For Food(1979)

MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts: 73
Age: 33
Location: PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan: PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation: 0
Registration date: 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum