Penahanan T.U.L

View previous topic View next topic Go down

Penahanan T.U.L

Post by MMI on Tue Apr 08, 2008 5:05 pm

PENAHANAN PRODUK (TAHAN UJI &LEPAS/UNDERTAKING)

Produk baru atau terdapat perlanggaran sebelumnya yang masuk akan ditahan di Gudang Kesihatan untuk tiga kali kemasukan melalui Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam.Sepanjang tempoh ini produk tersebut tidak boleh didapati melanggar peraturan yang digariskan dalam Akta Makanan 1983.Ia merupakan tempoh percubaan dan penilaian bagi menentukan tahap keselamatan dari segi kesihatan agar ianya selamat dimakan dan boleh dipasarkan ke pasaran Malaysia.Seandainya dalam tempoh ini produk tersebut didapati melanggar, maka kemasukan akan datang dikira kemasukan pertama selepas didapati melanggar serta akan ditahan sebanyak 3 kali.Produk ini akan diistiharkan selamat setelah melalui proses penahanan sebanyak 3 kali tanpa sebarang masalah.Antara sebab penahanan produk yang baru masuk adalah:

Kriteria

• Makanan yang diimpot masuk buat kali pertama
• Terdapat perlanggaran pada konsaimen sebelumnya.
• Makanan yang disyaki tercemar.
• Tidak mempunyai dokumen yang lengkap.
• Makanan disenaraikan dalam senarai pengawasan

Walau bagaimanapun konsaimen yang ditahan di Gudang Kesihatan boleh juga di “Undertaking” ke gudang pengimport atau agen.Syarat yang membolehkan konsaimen di Undertaking adalah seperti berikut:


Kriteria

• Konsaimen tersebut memerlukan penyimpanan yang khusus seperti bilik sejuk dan lain-lain.
• Bagi tujuan pemeriksaan yang menyeluruh.
• Bagi memperbaiki kesalahan perlabelan.
• Tidak mempunyai tempat yang sempurna.
• Bagi tujuan “relabelling”, “reprocessing” dan “reconditioning”

TEMPOH PENAHANAN

Tempoh masa penahanan bagi produk tidak dapat ditetapkan.Ini kerana ia bergantung kepada makmal yang membuat analisa bagi produk berkenaan.Seandainya tiada masalah keputusan mungkin dapat diperolehi dalam masa seminggu waktu bekerja dan tidak termasuk masa bercuti.Jenis analisa juga memain peranan dalam menentukan tempoh masa penahanan.Ini disebabkan ada sesetengah analisa memerlukan tempoh agak lama. Produk yang didapati melanggar akan dihantar kenegara asal ataupun dimusnahkan


PERUNDANGAN

• Sek. 4(1)(f) – memberi kuasa untuk membuat penahanan.

• Sek. 4(12) – menghalang mana orang dari mengubah atau mengalih atau membuat apa apa tindakan keatas konsaimen tersebut tanpa kebenaran Pegawai Berkuasa.

• Sek. 4(13) apa apa makanan yang di sita boleh atas opsyen saorang Peg. Berkuasa di simpan atau di stor dalam premis di mana makanan di sita atau boleh atas arahan seorang Peg. Berkuasa di alihkan kemana mana tempat lain yang patut

• Sek.4(14) seseorang Peg. Berkuasa boleh menghantar mana mana makanan yang di sita olehnya atau apa apa sampel daripadanya atau apa apa sampel lain yang di ambil olehnya ke mana mana makmal di luluskan untuk di analisis atau di periksa.

• Sek5(3) mana mana Peg. Berkuasa boleh menghendaki orang itu atau ejen atau pengkhidmatnya supaya menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan akan bungkusan dalam mana makanan itu di simpan pada masa itu dan mengambil daripadanya sampel yang di minta.

• Sek.6(1) Jika di maksudkan untuk menghantar apa apa sampel dari apa apa makanan untuk di analisis maka Peg. Berkuasa hendaklah memberitahu penjual itu atau ejen atau pengkhidmatnya yang menjual makanan itu yang dia bermaksud hendak meminta seorang juruanalisis menganalisis sampel itu.

• Sek 6(2) Prosedur mengambil sampel dan menguruskan nya hendaklah seperti yang di tetapkan melalui peraturan peraturan. (Bahagian lll peraturan 4).

• Sek. 4(7) Seseorang Peg. Berkuasa hendaklah melepaskan apa apa makanan yang di sita setelah berpuashati bahawa segala peruntukan Akta ini berkenaan dengan nya itu telah di patuhi.

MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum