Portugal Nak Patah Sayap Turki

View previous topic View next topic Go down

Portugal Nak Patah Sayap Turki

Post by MMI on Fri Jun 06, 2008 1:16 pm

Euro 2008: Portugal nak patah sayap Turki



SERIUS: Jurulatih Turki, Fatih Terim (tengah) memberi arahan kepada pemain pertahanan, Hamit Altintop (kiri) ketika sesi latihan di Stadium Colovray, kelmarin. Turki akan menentang Portugal dalam saingan Kumpulan A, pagi Ahad ini.



Gandingan Ronaldo, Deco, Nuno Gomes, Sabrosa serta Postiga cetus ngeri lawan

GENEVA: Ketika namanya sudah mula disebut-sebut selaku pemain terbaik bola sepak di planet ini, tidak menghairankan andai Cristiano Ronaldo bakal bergelar 'raja Euro 2008' apabila mengepalai cabaran Portugal.

Dengan 'generasi emas' dikepalai Luis Figo sudah pun tersisih, Ronaldo - pemain sayap lincah Manchester United - kini mengambil alih teraju selaku ketua kepada pasukan itu ketika pasukan negaranya itu berhak meraih label pilihan dalam aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2008 menentang Turki, awal pagi Ahad ini..



Berbekal sumbangan 41 gol musim lalu membantu United menang Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-juara Eropah, dia jelas sudah membentuk diri selaku pemain yang mampu mengubah perjalanan sesuatu perlawanan.

Dia menanti sepak mula kejohanan dibayangi spekulasi sama ada akan kekal di United ataupun menerima rekod tawaran tertinggi dunia daripada Real Madrid.

Namun rakan sepasukan, Paulo Ferreira percaya situasi tidak tentu itu tidak akan mengalih tumpuannya terhadap tanggungjawab yang menanti.

"Di sebalik tawaran itu, Ronaldo punya kekuatan mental mencukupi untuk mengekalkan fokus kepada tugas di tangannya," kata Ferreira yang menyaksikan Chelsea diwakilinya sekadar berwatak kedua di EPL dan Liga Juara-juara Eropah.

"Cristiano adalah pemenang. Dia, pada pendapat saya, adalah pemain terbaik di dunia. Dia pastinya akan menikmati kejohanan yang hebat."

Pengurus Portugal, Luiz Felipe Scolari - yang mungkin menentang Ronaldo di EPL musim depan jika dia memilih untuk menyertai Chelsea - memberikannya jersi nombor tujuh milik Figo serta lilitan tangan selaku kapten pasukan.

Pemain berusia 23 tahun itu mencetus bimbang apabila cedera ringan pada awal minggu ini tetapi hadir di hadapan 12,000 penyokong pada perlawanan latihan di kem latihan Portugal di Neuchatel, Selasa lalu.

Walaupun barisan ini dikatakan kurang berpengalaman berbanding skuad Euro 2004 dan Jerman pada 2006, Scolari masih boleh berpaut harapan ke atas pemain tengah Barcelona, Deco dan penyerang, Nuno Gomes, Simao Sabrosa serta Helder Postiga dengan Ricardo Carvalho mengemudi benteng pertahanan.

"Kami ada peluang baik seperti mana dilakukan pada 2004," kata Scolari yang membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia 2002. - AFP
avatar
MMI
Admin
Admin

Male
Number of posts : 73
Age : 36
Location : PEJABAT KESIHATAN BUKIT KAYU HITAM
Jawatan : PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Reputation : 0
Registration date : 2008-02-06

View user profile http://bkh-2008.niceboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum